1. Bagi gua, gua tak ada masalah jika Safee Sali sah ke Johor. Hatta ke mana-mana negeri pun gua tak kesah. Janji dia main bagus. Itu dah cukup. Gua hanya mahu tengok dia berjaya dan boleh sumbat banyak gol dimana-mana negeri, negara atau pasukan yang dia bermain.
2. Gua suka cara Safee Sali bermain. Dia antara pemain paling sasa dan berani langgar pemain pihak lawan. Tak kira sama ada tengah nak heading atau merebut bola, dia akan berusaha dan tidak mengaku kalah. Berbeza sangat dengan pemain kita yang lain.
3. Pengganti penyerang Safee Sali yang gua nampak adalah Wan Zack Haikal. Dia ada badan yang sasa dan larian yang laju seperti Safee Sali masa muda.
4. Walaupun begitu, Safee Sali tetap penyerang unggul nombor satu Malaysia buat masa kini. Jika beliau dah tak bermain, gua cuma nampak Wan Zack adalah calon yang tinggal. Bukan Fakhri atau pemain lain tak boleh ganti beliau. Tapi yang nampak bijak dan ganas, cuma tinggal Wan Zack sahaja.
5. Gua harap lebih ramai pemain seperti Safee Sali dan Wan Zack Haikal yang muncul.
6. Pemain yang menyerlah kebanyakkan pernah bermain diluar negara. Pemain yang jarang main diluar negara atau tak dapat pendedahan luar negara, memang susah sikit nak wakil negara. Entahlah, gua tak pasti. Itu kena tanya jurulatih. Mengapa mereka pilih pemain itu atau pemain ini.
7. Safee Sali, gua harap lu akan dapat score gol lagi ketika bermain dengan Thailand nanti. Lepas dengan Thailand, kita boleh balas dendam balik dengan Singapura.
8. Gua rasa, Singapura tak ada masalah untuk menundukkan Vietnam. Singapura banyak pemain yang boleh diharap. Alexander Duric dan Shahril Ishak tu pun dah cukup merbahaya. Belum lagi 9 pemain yang lain.
9. Pembaris Kuning dulu, masa kat sekolah. Selalu jadi striker ataupun gol keeper. Kalau gua dulu jadi gol keeper, memang kami menang penalti sahajalah sebab striker yang lain memang tak boleh harap. Huh..
No comments:
Post a Comment
Kalau lu ada 15 saat untuk dibuang, sila komen artikel gua.