Tuesday, December 4, 2012

2012 tahunku yang kacak

2012 tahunku yang kacak. 

1. Contest ini menjadi salah satu contest seo yang agak panas bagi tahun 2012 selepas tamatnya Contest SEo Lelaki Kacak dan Contest Seo Eyriqazz vs Denaihati.

2. Pendek kata, contest ini muncul selepas contest seo blog popular. Kemudiannya muncul pula contest 3 blog pilihan terbaik. Kemudiannya macam-macam giveaway dan contest dalam contest muncul.

3. Itu belum campur contest iphone 5 gadget impian dari denaihati.com dan juga eizil blogging contest.

4. Pendek kata, memang merata sana-sini ada contest yang bersepah sejak kebelakangan ini. Ini juga termasuk dengan Contest SEO 2012 tahunku yang kacak. Pasti ramai yang berminat untuk jadi pemenangnya.

5. Bagi gua, ini satu perkembangan yang sihat dan mampu menimbulkan daya bersaing dikalangan para blogger tempatan untuk belajar dengan lebih lanjut tentang permainan SEO.

6. Bagi yang tak tahu apa itu SEO, ambil peluang untuk belajar tentang SEO.

7. Terlalu banyak faedah dan kebaikan yang boleh dipelajari dari contest SEO 2012 Tahunku yang kacak. Dan tak mustahil, lu orang juga akan belajar sesuatu diluar kotak yang tidak pernah lu orang fikirkan.

8. Pembaris kuning juga belum lagi terfikir untuk bermain dengan SEO buat masa terdekat. Cuma berharap akan ada hasil dari projek-projek yang sedang dilaksanakan.

9. Secara jujur, gua suka ramai orang join contest. Tak kiralah kalah atau menang. Janji, lu orang belajar sesesuatu. Jika menang, itu satu bonus yang lumayan.

10. Tahun 2012, memang salah satu yang cukup kacak bagi kebanyakkan blogger Malaysia.

Safee Sali sah ke Johor?

1. Bagi gua, gua tak ada masalah jika Safee Sali sah ke Johor. Hatta ke mana-mana negeri pun gua tak kesah. Janji dia main bagus. Itu dah cukup. Gua hanya mahu tengok dia berjaya dan boleh sumbat banyak gol dimana-mana negeri, negara atau pasukan yang dia bermain.

2. Gua suka cara Safee Sali bermain. Dia antara pemain paling sasa dan berani langgar pemain pihak lawan. Tak kira sama ada tengah nak heading atau merebut bola, dia akan berusaha dan tidak mengaku kalah. Berbeza sangat dengan pemain kita yang lain.

3. Pengganti penyerang Safee Sali yang gua nampak adalah Wan Zack Haikal. Dia ada badan yang sasa dan larian yang laju seperti Safee Sali masa muda.

4. Walaupun begitu, Safee Sali tetap penyerang unggul nombor satu Malaysia buat masa kini. Jika beliau dah tak bermain, gua cuma nampak Wan Zack adalah calon yang tinggal. Bukan Fakhri atau pemain lain tak boleh ganti beliau. Tapi yang nampak bijak dan ganas, cuma tinggal Wan Zack sahaja.

5. Gua harap lebih ramai pemain seperti Safee Sali dan Wan Zack Haikal yang muncul.

6. Pemain yang menyerlah kebanyakkan pernah bermain diluar negara. Pemain yang jarang main diluar negara atau tak dapat pendedahan luar negara, memang susah sikit nak wakil negara. Entahlah, gua tak pasti. Itu kena tanya jurulatih. Mengapa mereka pilih pemain itu atau pemain ini.

7. Safee Sali, gua harap lu akan dapat score gol lagi ketika bermain dengan Thailand nanti. Lepas dengan Thailand, kita boleh balas dendam balik dengan Singapura.

8. Gua rasa, Singapura tak ada masalah untuk menundukkan Vietnam. Singapura banyak pemain yang boleh diharap. Alexander Duric dan Shahril Ishak tu pun dah cukup merbahaya. Belum lagi 9 pemain yang lain.

9. Pembaris Kuning dulu, masa kat sekolah. Selalu jadi striker ataupun gol keeper. Kalau gua dulu jadi gol keeper, memang kami menang penalti sahajalah sebab striker yang lain memang tak boleh harap. Huh..

Kalah menang adalah perkara biasa.

1. Blog contest seo sudah banyak dijalankan dalam tahun 2012 ini. Banyak blog popular dan yang tak berapa popular menyertai contest seo tersebut.

2. Tak dinafikan banyak blogger baik dari platform blogger.com dan wordpress self-hosted menjadi pemain dalam contest seo tersebut. Dan persaingan ini akan membuktikan blogger mana yang lebih cemerlang dalam permainan seo. 

3. Permainan seo adalah perkara biasa bagi blogger-blogger yang tahu akan kelebihannya.

4. Amat malanglah bagi mereka yang tidak tahu menggunakan kelebihan SEO dalam blog masing-masing.

5. Ada blog. Tapi tidak dimanfaatkan dengan sepenuhnya, adalah satu kerugian bagi blogger yang mempunyai blog popular.

6. Ya. Blog popular mempunyai kelebihan dan potensi yang sangat besar untuk memenangi sesebuah contest seo. Terutamanya contest SEO blog popular yang dianjurkan oleh saudara Syaiffudin Alias.

7. Tidak susah untuk menang contest seo. Tapi banyak kerja perlu dilakukan untuk memenangi sesebuah contest seo.

8. Apa yang diperlukan, para blogger mesti berkayakinan tinggi dan tidak mudah berputus asa.

9. Memang kalah menang dalam sesebuah pertandingan itu adalah perkara biasa. Tetapi kekalahan adalah salah satu perkara yang menyakitkan. Manakala, kemenangan adalah satu perkara yang manis.

10. Semua orang suka benda yang manis berbanding yang pahit. Betul?

11. Pembaris Kuning tidak terlibat dalam contest seo kali ini. Mungkin lain kali.