Blog popular.
1. Apa itu blog popular? Bagi gua, mudahnya blog popular itu adalah blog yang disukai oleh ramai orang, ramai blogger. Maksudnya, blog itu juga banyak hater. Banyak yang benci. Biasalah, bila ada orang suka, mesti ada orang benci. Itu normal.
2. Blog popular juga disukai oleh search engine. Sebab itu mudah dicari. Mudah dibaca. Maksudnya, blog itu tidak lembab atau slow. Blog yang slow atau sukar dibaca, tidak akan jadi blog popular. Ianya akan jadi blog yang tidak popular sampai bila-bila. Pendek kata, owner blog itu mungkin ada sindrom syok sendiri atau ada masalah dalam mempopularkan blog beliau.
3. Ya. Banyak blog syok sendiri juga adalah blog popular. Gua tak nak bagitau blog mana. Tapi bukti dah bersepah. Lu orang search aje kat Google.
4. Blog popular juga disukai oleh pakcik Google dan Yahoo. Mungkin blog popular itu popular di Google search engine. Tapi tidak di Yahoo search engine. Biasalah, dua-dua pakcik ni memang sentiasa bergaduh dan bersaing.
5. Blog popular juga diiktiraf oleh orang lain. Bukan diri sendiri. Salah satu buktinya adalah melalui jumlah komen. Jumlah komen yang banyak, itu salah satu tanda blog itu merupakan blog popular.
6. Blog ini bukan blog popular.
7. Gua juga bukan blogger popular.
8. Tapi semua blogger berharap jadi blogger popular dan mempunyai blog popular.
9. Tidak semua blog popular, ownernya popular. Tapi semua blogger popular, memang blognya adalah blog popular.
10. Nak ada blog popular tak susah. Tapi pada masa yang sama, blog popular itu juga ada banyak orang tak suka.
No comments:
Post a Comment
Kalau lu ada 15 saat untuk dibuang, sila komen artikel gua.