1. Sejujurnya, gua dah rasa macam tak best bila mula start balik menulis dalam blogger.com atau orang panggil blogspot ni.
2.Tapi gua nak tahu apa perbezaan masa zaman 2003 dulu dengan blogspot zaman sekarang. Nampak memang berbeza gila.
3. Gua respek pada Team Blogger.com yang banyak buat perubahan. Theme yang ditawarkan pun dah jauh berbeza. Nampak lebih mesra dengan search engine dan pastinya akan menceriakan ramai hati-hati para blogger.
4. Walaupun gua dah start tulis guna benda ni, tapi gua takkan anaktirikan blog-blog gua yang lain. Kalau gua ada masa, gua akan update macam biasa. Tapi blog ini gua akan cuba tulis sesuatu dari jiwa gua. Ya, gua tahu lu orang mahu gelak. Tapi, ada gua kesah?
5. Gua jenuh taip dan tekan masa pilih nama subdomain untuk blog ini. Semuanya tak boleh. Sehinggalah gua teringat tentang "pembaris kuning". Haa, jadi gua try dan lulus dengan cemerlang dan terbilang.
6. Dan terimalah kehadiran gua dalam komuniti blogger.com di Malaysia. Lu suka atau tak suka, gua dah pasrah terima baik dan buruknya benda ni semua.
Apapun, wish me food luck!
PK.
Pembaris Kuning.
No comments:
Post a Comment
Kalau lu ada 15 saat untuk dibuang, sila komen artikel gua.